02/10/2019

its been a while.
sigh.



be back soon

19/01/2019

Ikan Siakap 3 Rasa

Assalamualaikum, hari ni naza nak share resepi Ikan Siakap 3 Rasa.

Masa mula-mula cuba buat rasa macam rumit tapi bila dah banyak kali buat rasa macam teringin nak buat hari-hari tambah pula ikan siakap dekat sini dijual dengan harga yang murah iaitu 1 ekor = RM 8.

Baiklah mari kita teruskan dengan bahan-bahannya.



Bahan mengoreng Ikan Siakap.
  • 1 ekor ikan siakap
  • Tepung jagung
  • Garam
- Gaul ikan bersama tepung jagung dan garam kemudian goreng bersama minyak. setelah masak letakkan ikan siakap ke dalam pinggan besar.
TIPS : Minyak biar tutup separuh ikan untuk dapatkan hasil kulit ikan yang ranggup.

Bahan - bahan untuk membuat kuah
  • 2 tbsp cili kisar
  • 3 - 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 3 biji cili merah
- cincang halus bahan diatas, dan tumis sehingga naik bau. kemudian masukkan :-
  •  1 tbsp sos tomato
  • 2 tbsp sos cili
  • 2 tbsp gula
  • 1 tbsp limau nipis
  • 1 tsp kicap manis
- boleh letak lemon untuk gantikan limau nipis, gaul rata sampai mendidih, setelah itu masukkan pula :-
  • 1 kuntum bunga kantan (pilih yang kecil)
  • 2 biji cili hijau
- cincang kasar bahan-bahan diatas, dan tambahkan pula bahan dibawah:-
  • 1/2 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji tomato (potong dadu)
- Gaul rata dan biarkan sehingga mendidih. setelah mendidih tutup api dan sedia untuk dihidang.
- Tuang kuah keatas ikan siakap yang telah terhidang tadi dan taburkan sedikit hiasan jika mahu.

Bahan - bahan untuk hiasan
  • Daun bawang 



Ikan Siakap 3 Rasa is done
 

20/07/2014

#BiskutRaya : Coco Crunch Cookies


hari ni naza nak share resepi yang baru je naza buat td. perghh. tak nyempat betei. 
biskut raya ni. tak dapat banyak pun. bolehlah dapat untuk satu balang kecik


250gm mentega
180gm gula perang
2 biji telur kuning
300gm tepung gandum
30gm tepung jagung
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
100gm coco crunch- kisar halus*naza letak 50gm jek.
50gm chocolate chips *ni naza letak lebih 


1) First ayak tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan soda bikarbonat sekali.
2) Pukul mentega dan gula perang sehingga kembang. dan masukkan kuning telur satu persatu.
3) camburkan adunan tadi, gaul sehingga sebati. sehingga menjadi doh
4) buat bulatan kecil dan amik garfu tekap dekat atas doh tu
5) bakar dalam oven selama 25 minit atau sehingga masak.

_____
Sebelum masuk oben

Selepas masuk oben


inilah hasilnya, Coco Crunch Cookies. Sedap dan ranggup