19/01/2019

Ikan Siakap 3 Rasa

Assalamualaikum, hari ni naza nak share resepi Ikan Siakap 3 Rasa.

Masa mula-mula cuba buat rasa macam rumit tapi bila dah banyak kali buat rasa macam teringin nak buat hari-hari tambah pula ikan siakap dekat sini dijual dengan harga yang murah iaitu 1 ekor = RM 8.

Baiklah mari kita teruskan dengan bahan-bahannya.



Bahan mengoreng Ikan Siakap.
  • 1 ekor ikan siakap
  • Tepung jagung
  • Garam
- Gaul ikan bersama tepung jagung dan garam kemudian goreng bersama minyak. setelah masak letakkan ikan siakap ke dalam pinggan besar.
TIPS : Minyak biar tutup separuh ikan untuk dapatkan hasil kulit ikan yang ranggup.

Bahan - bahan untuk membuat kuah
  • 2 tbsp cili kisar
  • 3 - 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 3 biji cili merah
- cincang halus bahan diatas, dan tumis sehingga naik bau. kemudian masukkan :-
  •  1 tbsp sos tomato
  • 2 tbsp sos cili
  • 2 tbsp gula
  • 1 tbsp limau nipis
  • 1 tsp kicap manis
- boleh letak lemon untuk gantikan limau nipis, gaul rata sampai mendidih, setelah itu masukkan pula :-
  • 1 kuntum bunga kantan (pilih yang kecil)
  • 2 biji cili hijau
- cincang kasar bahan-bahan diatas, dan tambahkan pula bahan dibawah:-
  • 1/2 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji tomato (potong dadu)
- Gaul rata dan biarkan sehingga mendidih. setelah mendidih tutup api dan sedia untuk dihidang.
- Tuang kuah keatas ikan siakap yang telah terhidang tadi dan taburkan sedikit hiasan jika mahu.

Bahan - bahan untuk hiasan
  • Daun bawang 



Ikan Siakap 3 Rasa is done
 

No comments:

Post a Comment